IMRAJA

flaw

Its my story, not yours. Just read or leave it. Thanks :)


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "





Bohong}
Friday 6 March 2015 | 00:01 | 0Comment

Hai,
Nampak macam happy?
Ada apa dalam hati?
Sedarlah diri.

Sayang,
saya tahu apa awak buat.
Walau bukan depan mata,
tapi belakang saya.

Siapa ada dalam hati awak ni sebenarnya?
Yang pasti bukan saya.
Tak boleh nak agak sapa,
sebab awak je yang tahu semuanya.

Kenapa?
Kenapa aku sering ditipu?
Ditipu setiap kali dalam percintaan.
Kenapa?
Kenapa semua tidak jujur?

Jangan buang masa,
Kalau taknak,
buang aku.
Jangan bazirkan masa.

Aku tahu,
aku tak secantik mereka.
Mereka ada rupa,
lebih dari aku,
yang tidak punya apa.

Maafkan diri ini,
andai tidak sempurna lagi.
Kau, dia dan mereka semua,
Bahagia, selamanya.

Tidak kan pedulik diri ini,
kerana manusia ini akan pergi,
suatu hari nanti.
Tidak akan hadir lagi.

Terima kasih atas segalanya.
Segala yang telah kau beri,
Aku mohon halalkan semua.
Dan aku harap,
Kau yang terakhir,
Bukan yang lain.

Hidup sekarang,
penuh dengan kebohongan.
Kau tipu, sana tipu.
Mana kejujuran?
Kejujuran yang patut ada.
Ke sudah hilang?
Hilang dari pandangan manusia.

Jangan kau tanya,
mana hilangnya aku nanti.
Kerana aku,
akan bertemu ilahi.
Yang akan tenang disisiNya.

Selamat tinggal sayang,
Dan semoga kau bahagia disamping orang yang betul kau cintai.
Selamanya diri ini akan menyayangimu.
Dunia hingga Akhirat.

Assalamualaikum :')





Hilang}
Wednesday 25 February 2015 | 13:06 | 0Comment

Tawar hati,
Ya.
Bertahan,
Ya.
Tapi sampai bila?

Soalan yang selalu menghantui aku,
selalu.

Ya Allah,
besar dugaan kau menguji aku.
Seakan aku makin lemah,
dan hampir jatuh.

Kadang aku rasa diri ini kuat.
Kadang aku rasa diri ini terlalu lemah.
Mana semangat kental aku yang dulu?
Mana semua orang disekeliling aku,
yang kuatkan aku?
Mana weh mana?

Hmm,
sakitnya.
Sakit sangat.
Makin hari,
makin parah.
Separah pisau yang dihiris berkali-kali.

Aku hanya mampu bertahan.
Sampai bila pun entah.
Apa yang tahu,
buat bodoh sajalah.
Biar mereka teruskan lakonan,
seakan aku patung yang tak bernyawa,
yang menyaksikan satu persembahan.

Hanya mampu berdoa,
semoga diri ini mampu melepaskan,
pada suatu hari nanti.

Semoga semuanya pulih,
setelah semuanya sudah selesai.

Amin Ya Allah :')



Biarkan, biar.}
Thursday 19 February 2015 | 09:17 | 0Comment

Assalamualaikum,

Aku kuat?
Tak semudah yang dijangka. Kadang aku jatuh. Tapi, dengan semangat yang sikit aku mampu diri dan lawan apa yang berada di sekeliling aku. Kali ni, dugaan bertubi-tubi datang. Seakan menyeksa. Tapi tu semua dugaan dari-Nya. Tak boleh cakap macam tu. Hmm kena perbetulkan balik apa yang ditutur semua.

Sayang,
Mana awak yang dulu?
Mana sayang saya yang mula saya kenal dulu?
Saya rindu, rindu kenangan kita yang dulu.

Awak,
Hmm awak makin jauh sayang.
Makin jauh dari saya.
Seakan melarikan diri dari saya.

Maakfkan diri ini,
Bila mana tak sempurna lagi.

Sayang,
Saya rindu bila mana kita berdua.
Rindu kenangan bila mana saya dan awak sahaja.
Tiada kawan sekeliling.
Hanya awak dan saya sahaja.

Tapi,
semua tu dah tak ada.
Banyak masa kita terbuang bersama rakan,
rakan kita semua.
Mana masa kita sahaja?
Saya cari,
Awak tak peduli.

Awak,
tolong!
Tolong ubahkan semua ni sedia dulu.
Banyakkan masa hanya kita berdua je.
Saya perlu,
Perlu bila mana saya dan awak.

Maaf sayang,
andai saya berubah.
Saya mencari ketenangan.
Ketenangan yang saya sendiri rasa.

Saya sayang tapi,
masa yang mengubahkan kita.
Masa tak boleh putarkan balik wahai sayangku.
Kita mengejar masa bukan masa mengejar kita.

Jiwa saya kacau,
bila mana awak tiada di sisi saya.
Mana awak?
bila mana saya betul2 perlukan awak.
Mana?

Saya tahu.
Awak sibuk.
Sibuk dengan belajar dan kerja.

Mintak maaf,
andai diri ini tak mampu jaga hati dan perasaan awak lagi.
Sebab,
saya kesian.
Hati saya terbiar dah lama.
Lama macam kita simpan barang lama kat stor.

Tolong awak,
jangan pergi!
Patah balik meh dekat saya.
Bagi balik semua dekat saya.
Tak boleh kalau tak ada awak.

Saya,
perlukan awak.
Kalau bukan sepenuh masa,
Tapi,
kalau ada masa tolong,
luangkan masa dengan saya.
Saya perlu,
perlu awak dan saya,
kembali seperti dulu kala.

Sayang, sayang awak.




Fav Boy Ever!}
Monday 12 January 2015 | 09:59 | 0Comment

Assalamualaikum and hey everyone!

Its been so long dah tak karang blog ni. Haa maaflah ye kerana masa yang tidak mengizinkan diri ini untuk menulis. But i'll try to keep write and write until i have no idea to write haha okay and enough.
So today, dah i want to share something special about my new life. Now aku dah tak bersama yang post yang lama tu. Alhamdulillah, dah lama jugak break dengan dia and aku dah boleh lupakan all about him and rasa sakit sebab dicurang kan tu dah hilang. So, alhamdulillah and syukur sangat sebab aku rasa aku buat keputusan yang betul untuk tinggalkan dia and takkan kembali kat dia lagi. Ya, no come back to him.

And now, aku sudah dimiliki aceh dimiliki ehek ayat melayu sangat haha okay lantak ah haa okay kata orang tua " Hati sudah diambil oleh seseorang " huhu but who's? Haha actually dia senior aku. And first time kenal dia time MSR. Dia abang Oc kita masa tu huhu. Kenal dengan dia gitu2 je sebab aku ni jenis orang kena kenal lama baru boleh ngam haa kalau gitu2 maaflah memang amik masa yang lama untuk berinteraksi dengan lebih rapat. Haa start betul2 kenal dia lepas satu event ni. Adalah one night ni, member gua ajak nonton gambar filem hehe but dia angkut pakwe dia haa and masa tu pulak aku takde bf so mesti pishang kan? haa so time tengah tunggu nak gerak g tengok movie tu, dia pon tengah tunggu jugak sebab time tu hujan so kiteorang lepak luar lobby jap.

Suddenly, aku ni rasa macam nak ajak dia sekali. Yelah dia ni orangnya agak meriah sikit so manalah tahu boleh hiburkan hati aku on that night kan? hehe so aku ajak lah dia sekali then dia pon on je so kiteorang gerak adalah lagi 2 3 orang gitu so semua sekali yang ikut 7 orang. Haa dari 3 orang je nak pergi sebenarnya tiba2 ramai pulak yang follow so takpelah. Ramai lagi bagus kan? hehe. Then masa tengok wayang tu semua dok duduk couple seat. Member ni mestilah ngn bf dia kan? So me duduklah sebelah dia and berhimpitlah jugak sebab ajak lagi sorang member duduk skli seat tu sebab dia lambat beli tiket and terpakse dok sorang kat seat bawah last2 angkut dok couple seat and jadi 3 org dalam seat tu. Paling kelakar lah sangat aku dok tengah2 antara dia dan sorang lagi hehe

Malam tu tengok movie hunger game tau. Peh boleh pulak cite tu boring gila so aku pon tertidur2 lah time tu, Then aku rasa ade orang picit2 pipi aku suruh bangun ke ape tah then dalam hati aku cakaplah " Eh pehal pulak mamat ni sweet2 ni " haha dah rasa lain dah time tu tapi biar je sebab taknak desperate sngt kan takut tak jadi haha then lepas wayang tu lepaklah kiteorang kat satu kedai ni. Taknak ah cakap kedai apa haha nanti kantoi hehe. So masa lepak tu dia dok sebelah aku. Pastu macam mana tah dia boleh cita pasal life dia kat aku and rasanya aku pn ade cita jugak kot tapi tak banyak ah sebab dia lagi kuat bebel kat aku. haha gurau tau sayangku hehe. Masa tu sejuk sangat tau and kebetulan dia bawak sweater so aku pinjam lah sweater dia and selubung badan aku then aku sandar kat kerusi. Tiba2 dia duduk and menghadap aku and dia luahkan apa yang dia rasa. Haha memang tak percaya sebab tahlah. Tengok muka dia first2 macam sweet talker. Then aku just cakap kalau betul tunjuk ah effort and " Jangan Sembang! " haha banyak kali dok ulang ayat tu sebab nak bg dia betul2 tunjuk effort.

Then lepas daritu yaa dia memang tunjuk effort dia. Kejut aku subuh, whatsaap tak henti, malam on call. Punyalah nak mengayat aku tapi last2 aku cakap bg masa. So dalam masa tu aku fikirlah, " Betul ke dia boleh jaga aku? Boleh ke dia jadi orang terakhir dalam hidup aku? " Sebab apa? Sebab aku dah penat asyik nak fikir haa lepasni dengan siapa pulak and so on. Penat sebenarnya nak mulakan balik but nak buat cemana kenalah jugak redah kan nak taknak. So aku just accept him and terima dia seadanya untill now. Actually banyak dugaan dalam tempoh tu hm but kita sama2 redah kan sayang? I know its hurt but kita kena jugak. Allah nak duga semua tu hehe. I know, ramai orang macam tahlah macam ada yang iri hati, jeles and tak puas hati bila dok dapat tahu kita coiple. Saya terpaksa pekakkan telinga apa orang dok ngata bagai kat kita. Diorang apa tahu. Diorang bukan penentu hidup kita. Allah yang tentukan semuanya.

So if awak memang betul2 jodoh saya, saya harap kita kekal hingga ke jannah. Kita banyak
persamaan sayang. Ramai orang cakap and kita pon sama2 perasan semua tu. Harap awak suami saya dan dapat jadi ayah kepada anak2 saya suatu hari nanti. Amin

credit to my beloved future husband, Megat Mohamad Firdaus Haji Makmun <3


The Feel, }
Wednesday 27 August 2014 | 02:56 | 0Comment

Hey, just want to share what i feel. hmm
Kadang-2 aku rasa aku tersepit dengan keadaan yang aku rasa sekarang. Aku rasa banyak sangat benda yang dia sembunyikan dari aku. And i dont know all of that. Hmm aku nak dia setia dengan aku hmm that's all. About his and another girl hmm still in my mind. Susah aku nak lupakan semua tu. And sometimes, aku rasa aku nak sangat balas balik what he have done to me. Tapi aku rasa benda tu semua takkan mendatangkan apa-2 hasil sebab sakitnya masih aku akan rasa. Hmm sorry, aku jenis orang yang susah nak lupa apa yang orang lain dah buat kat aku. Hmm Ya Allah, help me to forget what he have done to me. Aku nak bahagia dengan dia. I want to move on but im stuck in the past. I dont know why aku still ingat lagi semua tu. When im alone, memang tak sah laa kalau tak ingat apa-2 yang terjadi kat aku dulu. Maybe tu sebab aku terus ingat apa yang dia dah buat kat aku dulu. Ishh stop thinking all about that iqa! Benda dah lepas janganlah diingat balik. But how to forget if i still think about that huh? Hmm aku kalau boleh taknak dia tahu semua ni. Its just aku nak luah and takde orang dengar and tahu takpalah asalkan aku dapat luahkan semua apa yang aku rasa. Aku nak dia bahagia bila dia dengan aku sampai dia dah tak ingat dah nak cari orang lain. Hmm but aku tak boleh halang perasaan dia. Hak dia nak tentukan siapa yang dia nak or suka or sayang. Kalau betul dia sayang aku, dia akan setia dengan aku. Tapi, hmm aku harap sangat jelah. Makin lama aku dengan dia, makin banyak dugaan. Makin banyak petunjuk Allah bagi kat aku. But we still together right abang? Yaa i dont know why maybe because kite dah lama sangat. Untuk melepaskan orang yang kita dah lama sangat sayang memang heavy sangat. Berat hati aku nak melepaskan dia even banyak sangat dia dah duga dan guriskan hati aku. But trust me, you the only one that i love so much. Please lah bodoh jangan curang dengan aku lagi! Kau tak rasa sakit ke orang yang sayang curang and tikam kau dari belakang? Kadang-2 aku rasa aku ni macam diperbodohkan sangat. Macam innocent pon ada jugak. Tu sebab orang buat macam-2 kat belakang aku tanpa aku sedar semuanya. Hmm hilangkan lah semua apa yang aku rasa ni, Aku dah penat, yaa penat sangat nak lalui semua ni. Kuatkan aku Ya Allah :'(